Siapa aku?
Aku bukan kau. Kau bukan aku. Kau dengan hidup kau. Aku dengan hidup aku. Kau dengan hidup kau. Kita duduk sebumi. Kita berdiri selangit. Aku bukan sombong. Aku cuma mahu aku.
Aku cuma mahu jadi aku. Bukan kau. Bukan orang lain. Aku tahu kau tidak memaksa. Cuma aku yang rasa terpaksa. Mengapa? Aku juga manusia. Bukan haiwan. Bukan pokok. Punya akal. Punya nafsu. Punya perasaan. Beza manusia , malaikat dan haiwan.
Kadang-kala aku memberontak. Kadang-kala aku tunduk. Kadang-kala aku keliru. Siapa aku? Aku tidak berteka-teki. Aku tidak bermain sembunyi. Oh, aku terpesong. Jauh dari jalan yang disediakan.
Hidup dalam ruang dan masa ini sebenarnya banyak cabaran. Cuba hidup tanpa ruang dan masa. Tiada masa silam. Tiada masa hadapan. Tiada ruang. Di sekitar hanya ada satu warna. Tiada pertukaran siang dan malam. Lagi susah untuk mencari siapa aku.
Aku bukan lalang. Bergerak ke mana sahaja angin bertiup. Ke Sumatera, ke Laut Cina Selatan, ke Laut Hindi. Hanya pucuk yang mengikut namun akar tetap terpacak di koordinat dua belas angka yang sama. Aku x mahu menjadi angin. Bertiup ke mana sahaja. Walhal, tiupan angin dipengaruhi perubahan haba atau apa sahaja. Angin juga dipengaruhi. Rantaian ini berterusan.
Aku hanya mahu menjadi aku. Ke mana sahaja sendirian. Jika ada yang mahu mengikut. Itu terpulang. Dan aku tidak mengharapkan apa-apa dari yang mengikut. Aku mahu mereka menjadi mereka semacam aku menjadi aku , dan mereka tidak boleh menipu aku .
Namun realiti itu atas imaginasi. Berimaginasilah sampai mati, realiti tetap mengekor. Realiti akan selamanya memijak imaginasi dan ilusi.
Hidup tanpa paksi ? ---------------------------------------------------- Aku kaji diri lahirku, aku renung batinku . Aku nilai akal fikiranku , kekuatannya , bagaimana ia mendapatkan ilmu , bagaimana ia memproses ilmu . Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati dan bagaimana mengeluarkan ilmu dan maklumat itu . Waktu bila ia terangsang menerima ilmu dan maklumat dari yang dilihat, didengar, disentuh dan dirasa . Ketika bila pula ia terangsang mengeluarkan ilmu dan maklumat yang tersimpan itu .
Kemudian aku belajar perjalanan nafas dan peranannya, kehendak-kehendaknya, bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dan kesannya . Aku kaji juga hatiku atau jiwaku, perasaan yang mendatang silih berganti selalu, peranannya dan kesannya ..
Aku kaji jasad lahirku, keadaannya, peranannya, waktu sakit, waktu sihat . Tuhan , rupanya setiap kejadian yang berlaku pada diriku lahir dan batin, ada hikmah yang tersembunyi . Segala-galanya yang terjadi adalah didikan bagiku . Samada yang berlaku itu nampaknya positif mahupun negatif , ada rahsia yang tersirat dan ianya sungguh seni .
Aku nilai dengan basirahku secara halus dan teliti semuanya baik bagiku . Lantas aku faham dan mengerti mengapa Engkau lakukan kepadaku .
Adakalanya aku senang .adakalanya aku susah ,
Ada ketikanya aku sihat , ada waktunya aku sakit .
Adakalanya badanku letih , ada waktu badanku gagah dan cergas..
Aku kaji perjalanan hatiku selalu , perasaanya silih berganti .
Ada masa aku miskin , ada masa aku kaya.. Dan berbagai-bagai lagi keadaan yang berlaku silih berganti terutama perasaan hati ..
Adakalanya aku sedih , adakalanya aku gembira . Adakalanya aku benci , adakalanya aku suka .Adakalanya hatiku resah gelisah , adakalanya hatiku tenang dan senang . Adakalanya hatiku rasa marah , adakalanya hatiku rasa lapang dada .
Adakalanya hatiku rasa jijik , adakalanya hatiku rasa biasa sahaja . Adakalanya hatiku pilu , adakalanya hatiku riang dan ceria . Adakalanya hatiku rasa malu , adakalanya biasa sahaja . Adakalanya aku rasa takut , ada ketikanya aku rasa berani . Adakalanya hatiku rasa curiga , adakalanya hatiku rasa percaya .
Di sini sungguh banyak ilmu yang aku dapat, di sini sungguh banyak rahsia diriku dari-Mu yang aku gali.. Rupanya sifat yang sering berubah pada diriku itu menyedarkan aku bahawa aku adalah hamba-Mu , kerana sifat hamba atau makhluk adalah berubah-ubah selalu . Di sini aku faham lagi bahawa sifat hamba itu tidak sempurna dan sentiasa baru . Rupanya aku hamba yang hanya menerima ketentuan dari-Mu ..
Sungguh Engkau Maha Pentadbir termasuk diriku . Aku faham lagi bahawa aku lemah, hamba memanglah lemah, agar aku selalu bergantung dengan-Mu . Seterusnya aku faham apa yang berlaku kepada diriku bukan kehendak aku . Rupanya segala-gala yang berlaku pada diriku adalah kehendak-Mu .
Di sini menunjukkan kelemahanku lagi bahawa sedikit pun aku tidak ada kuasa pada diriku walaupun sebesar habuk atau sebesar debu . Daya dan Kuasa-Mu lah sepenuhnya yang berlaku pada diriku tidak campur tangan sedikit dariku . dan Kehendak-kehendak Mu yang terjadi ke atas diriku
Aku takut kepada-Mu , rupanya takut aku inilah yang Engkau mahu . Aku renung lagi kejadian yang berlaku kepada diriku apakah rahsianya kejadian itu . Rupanya di waktu susah dan berlaku bala, agar aku sabar supaya aku dapat pahala sabar . Di masa-masa yang lain aku senang, sihat , agar aku bersyukur supaya aku dapat pahala syukur.
Itulah yang Engkau mahu dariku . Supaya aku dapat kekalkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan . Hikmah yang lain aku dapat faham supaya aku tidak sombong, tidak riyak, tidak megah, tidak bakhil, tidak tamak . Sifat-sifat itu adalah Engkau benci . Aku faham agar aku tidak di dalam kemurkaan-Mu .
Begitulah yang aku faham, terima kasih Tuhan Engkau beri aku faham tentang diriku . Setelah aku kaji, renung , analisa diriku lahir dan batinnya . Sungguh byk ilmu yang aku dapat dari diriku ini . Sunguh ajaib dan menghairankan aku..
Di dalam diriku ada berbagai ilmu, bahkan lautan ilmu, ada ilmu hikmah, ada ilmu tauhid, ada ilmu syariat, ada ilmu tasawuf, ada ilmu akhlak . Ada ilmu yang tersurat , ada ilmu yang tersirat , ada ilmu falsafah, ada ilmu manusia, ada ilmu psikologi, ada ilmu biologi . Ada benih baik, ada benih buruk, terpulang kepada kita yang mana kita hendak suburkan. Patutlah Tuhan mengingatkan kita di dalam Al Quran untuk kenali diri kita..... Allah Maha Besar ! ! !
Siapa Aku ?
Aku cuma mahu jadi aku...
Bagi aku, kegembiraan orang lain adalah kegembiraan aku..
Kepuasan orang lain adalah kepuasan aku..
Sakit org lain adalah sakit aku ,
Jangan katakan aku ini mulia , krn aku hina dmataNya .
kegembiraan aku datang dari kegembiraan orang lain d keliling aku ,
Aku cuma mahu menjadi aku .
No comments:
Post a Comment