REDHA ALLAH YANG AKU CARI....

" Lisan adalah daratan , sdgkan hati adalah lautan . Apabila lisan rosak , manusia akan menangisinya... Namun jika hati yg rosak , maka para malaikat yg akan menangis ... ~ Sayyidina Abu Bakar Ash-Shidiq

Aku Punya Akal .

 Bismillahirrahmanirrahim,..... 

Hanya dgn rahmat , hidayah Allah Swt ............ Semoga semua beroleh kebaikan . perlindungan Allah Swt .  

Aku bukan kau. Engkau bukan aku. Kita duduk sebumi. berdiri selangit. aku tidak sombong. Aku tidak megah , aku berjalan sambil tunduk ke bumi ...... Aku cuma mahu jadi diri aku.

Bukan orang lain. aku tahu engkau tidak pernah memaksa. Cuma aku yg rasa terpaksa. Mengapa? Aku juga manusia. Bukan haiwan . Bukan pokok . Punya akal . Punya perasaan . Beza manusia , haiwan, dan tumbuhan . Aku hanya mahu menjadi diri aku . Ke mana sahaja sendirian. Jika ada yang mahu mengikut. Itu terpulang dan aku tidak mengharapkan apa-apa . Aku mahu mereka menjadi mereka semacam aku menjadi aku , dan mereka tidak boleh menipu aku ...

Walau engkau dgn hidup engkau dan aku dgn hidup aku, kita tetap sama. Tujuan kita sama . Umur kita mungkin berbeza dan mungkin sama .. Kita dilahirkan , mungkin dibentuk dari acuan berbeza tetapi dgn tujuan yang sama . Engkau dan aku berdiri disini dgn kehendaknya . Memikul amanah dariNYA .... Walau kita tidak pernah berjumpa , atau mungkin pernah namun tidak lagi berjumpa . Hubungan roh antara kita tetap ada .... selamanya .

Engkau ! yg dahulu .. 
Bertahun bersama . Kemana sahaja . Segalanya bersama . bersama melaksanakan suruhanNYA , yg terlupa engkau ingatkan . Kita tidak pernah leka , tidak terpengaruh dgn mainan dan hiasan dunia . kita belajar. persiapkan diri utk hadapi cabaran hidup di dunia kita.... engkau ketawa , aku ketawa . kita sama , tidak leka dan tidak tpengaruh dgn mereka . Aku hanya mahu menjadi diri aku . bkn engkau dan bkn org lain . Aku ingin mengingatkan dan berpesan pd engkau yang mugkin bukan lg engkau yg aku kenali dahulu . yg mungkin merasakan diri engkau telah begitu hebat kerana bebas melakukan apa sahaja . Engkau hanyut dalam keasyikan permainan dunia , mengikut bisikan Qarin jahat peneman ....... meletakkan soal syariat agama entah kemana . Hanyut dalam dunia yang tidak tahu mana hujungnya .... atau engkau yg masih seperti dahulu , namun terlupa . 

" Jikalau engkau berbuat maksiat dgn menganggap Allah Swt itu tidak ada, maka engkau adalah kafir dan apabila engkau berbuat maksiat dgn menganggap Allah Swt itu ada , maka engkau telah menentang Allah SWT .. - Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad ...

Mungkin engkau terlupa . 
Mengerjakan apa yg disuruhNYA . meninggalkan apa yg dilarangNYA ... engkau sangat gembira saat melakukan segala dosa . mempermainkan hukum agama. engkau terpesong dari jalan yg sepatutnya . engkau lupa dosa dan pahala . engkau terlupa akan hari pembalasan akan tiba . engkau terlupa bahawa tubuh badan ini tidak sehebat mana , tidak mampu menghadapi azab Allah Subhanahuataala . JanjiNya nyata ... ! Jasad ini akan hancur dan hanya digantikn pada hari kbangkitan... jasad ini akan dibakar dimana engkau tidak akan lagi mati... roh ini tidak lagi akan terpisah dari jasad, dan akan merasai azabnya sehingga beribu2 malah berpuluh2 tahun . Aku tidak sanggup , aku takut ! Azab dunia ? masanya pasti tiba , azab dan balasan Tuhan ,  aku tidak mampu lg membayangkan andai aku atau pun engkau yg melaluinya..... moga engkau dan aku selamat semuanya . Segala yg bernyawa pasti mati , aku dan engkau tidak akan lepas ...... kita tidak berkuasa . kita bkn Tuhan , hanya dia yg punyai kuasa . Allah SWT > ALLAH Maha Besar !  

Aku hanya mahu manjadi diri aku . Aku tahu kau terpaksa kerana mereka , bkn aku . Aku tahu kau terpaksa mengikut mereka , kerana engkau bkn sebegitu .. hakikat diri engkau yg sebenar telah tertipu . Siapa mereka ? Adakah mereka yg bertuhankan nafsu ? atau mereka yg bertuhankan DIA pemerintah seluruh alam ini ? engkau tertipu .... mereka itu hanya nafsu . Utk apa engkau mengikut mereka ? utk kesenangan dunia ? Utk mengejar pangkat dan nama berjela2 ? atau utk mengikut arus semasa , .... Sedarlah engkau dan aku hanya diuji, . . Mungkin engkau pun tahu betapa hebatnya ujian aku . aku bukan bangga diri. tp aku.......... muhasabah diri .  menyedarkan bahawa engkau dan aku sedang diperhati .... kita tidak boleh lari . 

Engkau hanya mahu menjadi diri engkau ? Andai engkau punya alasan kenapa begitu dan begini . Aku juga punya alasan . Jangan engkau ceritakn ttg kepenatan dan kesakitan dahulu kerana aku lebih sakit dari engkau . Jangan engkau ceritakan lemahnya engkau kerana sememangnya aku lebih lemah . Jangan engkau ceritakan tentang keseorangannya engkau kerana aku sentiasa keseorangan hingga kini .... Jangan engkau ceritakan engkau jatuh dan tidak mampu utk bangun kerana aku juga merasakannya malah lebih hina lagi .... . tidak dipeduli . Engkau lebih mengetahui kisah aku . Engkau tahu perjalanan hidup aku . Ini yg hanya membuatkan aku menjadi diri aku . Jangan juga sekali2 engkau katakan tiada siapa yg mengigatkan kerana engkau sentiasa diingatkan lima kali sehari dgn laungan bergema dimana sahaja engkau berada..... bagaimana tidak engkau ingat ! Atau mungkin engkau telah terlupa akan janji kita semua . Janji kita semua bersama saat di alam malakut sana ,........... ketika engkau dan aku tidak mempunyai jasad seperti hari ini . Janji kita , hakikat engkau dan aku yg mengenali DIA Yang Hak ! Yang Maha Berkuasa .......... Allah Maha Besar ! 

Engkau ingin manjadi diri sendiri tidak menjadi orang lain ? Tapi  bagaimana kalau diri sendiri tidak baik , tidak mengikut segala peraturan yg telah ditetapkan sebelum engkau lahir lg ? Ya , menjadi diri sendiri itu baik dari segi psikologi - maksudnya engkau berpuas hati dengan diri engkau dan tidak berhajat menjadi orang lain . Engkau punyai keyakinan diri yang tinggi . Tetapi , lebih baik kalau engkau cuba menjadi seperti yang Allah inginkan - yang digariskan dalam al-Quran dan Sunnah . Hari-hari muhasabah diri , cuba memperbaiki apa yang kurang . biarlah apa mereka kata . Luqman al-Hakim pun pernah berkata kita tak akan mampu nak puaskan hati semua orang . istiqamah, insya-Allah lama-lama hati ikhlas . Apabila dah ikhlas maknanya sifat-sifat yg baik telah pun jadi sebahagian daripada diri . Maka jadilah diri sendiri yang lebih baik daripada diri asal . Yang dikehendaki olehNya ............ ~   ~

 ........ aku sebenarnya takut terlupa ! aku ingin mengigatkan engkau agar kelak engkau akan mengigatkan aku andai aku terlupa.... kerana aku manusia , terkadang terlupa . terkadang leka . aku mahu kita sama2 disini dan disana akhirnya ............ . . . ! berpesan , mengigat ....... kerana engkau dan aku manusia ! kita tidak sempurna ............ perbuatan kita terkadang di luar kehendak dan kemahuan kita ...

Setiap kali aku terbang beribu kaki tinggi di awan.. aku melihat daratan.. memerhati kebesaran tuhan . Melihat engkau . Melihat kecilnya engkau ..... kecilnya aku di tempat engkau . hanya bagaikan segerombolan semut hitam yg berduyun2 mencari gula . sekali dijentik , berselerak semuanya . Sekali dihempas tangan semuanya lumat mati , tanpa sempat meninggalkan apa.. . beruntunglah bg mereka yg tidak leka .  Mungkin inilah pandangan DIA terhadap kita . kecilnya kita . lemahnya kita . kita sama . terlalu kecil dan hina di mata DIA . Tingginya aku beribu kaki .. terbang aku kesana kemari , tiap kali itu terdetik di hati , mampukah aku kembali dgn selamat utk bertemu engkau lg.... atau aku akan mati hari ini ? aku tiada jawapan . Hanya Dia yg Maha Mgetahui . Aku latih hati aku supaya sentiasa tenang ..... . . latih hati sentiasa mengigati DIA di setiap saat aku . Aku sgt2 sedar , aku hanya memerlukan DIA di dunia ini dan di akhirat yg pasti . Aku punya banyak pengalaman yg menunjukkan DIA sentiasa ada menemani . Tiada perkara mustahil dalam hidup aku dgn izinNYA . apa yg baik , dipermudahkan urusanNYA pada aku . telah ditunjukkan aku kekuasaanNya... andai aku ketakutan di langit tinggi , aku diperlihat kekuasaanNYA dan kehadiran DIA yg sentiasa memerhati . Maha Suci Allah ! Allah Maha Besar ! bukan mimpi . Ini realiti ... rahsia dalam rahsia . aku hanya ingin menjadi diri aku . Yang pasti , aku macam engkau ... macam semua , manusia hina musafir di bumi . 

Melihat engkau , melihat aku berada di tempat engkau .. kita amat kerdil , ibarat seekor semut hitam , ibarat sebutir pasir di padang sahara , ibarat setitik air di lautan luas , sebiji bintang di cakerawala , melukut di tepi gantang , masuk tidak bertambah dan keluar tidak mengurang . Betapa kecil dan kerdilnya kita ini . Inilah gambaran wajah zahir ENGKAU dan AKU . Percayalah ,............... ini realiti .......... ! bukan fantasi ..................... 

Kerana engkau bkn di tempat aku . engkau bkn aku . engkau jgn terlalu senang hati ... Keseronokan , kesenangan dan kelalaian engkau bersama kelompok semut2 hitam yg lain jangan fikir engkaulah yang abadi... akan sampai satu waktu yg pasti engkau dan aku . mungkin engkau awal , dan mungkin aku kemudian. Atau mungkin aku awal dan engkau kemudian ... ini yang hanya membezakan . Kita pasti kembali  .  

Engkau yg punya isteri , engkau bertuah ........... Ttp , jgnlah dibiarkan anak dan isteri engkau mempersoalkan ttg tjwb yg telah di amanhkan ... peliharalah mereka . jagalah mereka . kenalkan mereka dgn diri mereka . Asal kejadian mereka yg sebenarnya ... tgjwb mereka yg utama disini . ".............  jagalah dirimu dan keluarga mu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu, di atasnya terdapat malaikat yg bengis yg tidak mengabaikan apa yg diperintahkan kpd mereka dan mereka melakukan apa shj yg diperintahkan ... " Maha Suci Allah ....  Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ..... ! Allah Maha Besar ... ! . 

Ketahuilah , .... Makhluk2 lain dan diri engkau serta aku tiada lain melainkan ayat-ayat Allah utk menunjukkan DiriNya . Pada diri kita dia menunjukkan wujudNya , menunjukkan SifatNya ............ Hak kpd jasad engkau dan aku ini adalah kaku terbujur yg tiada dpt berfungsi apa2 walaupun ada mata, telinga, mulut, hidung, tangan, akal dan hati.. ianya tidak mampu menepis walau seekor nyamuk atau lalat yg dtg hinggap . Jasad ini bisu , buta , pekak , tiada bernafas , lemah dan tidak berkehendak . Tiada siapa yg ingin menyimpan jasad kaku engkau dan aku ini walau ahli keluarga yg terdekat yang amat2 menyayangi . Jasad ini adalah sarung utk roh utk engkau dan aku di dunia ini . Ketahuilah , diri kita telah beribu tahun di alam roh memuji dan memandang Allah mengikut kadar yg telah ditetapkan . 

Terbukti dlm Alquran apabila Allah bertanya kepada Roh : Adakah Aku Tuhan kamu? Jawab roh: Ya! Bahkan kami menyaksikan Engkaulah Tuhan kami .......... ( al-Araaf : 172 ) Maka telah sampai saat Allah mahu diri kita melihat dan memujiNya di alam zahir, maka diri kita atau roh ini dimasukkan ke dalam sarung badan manusia dari pelbagai jenis keturunan yang berlainan warna kulit , bentuk badan dan sebagainya.... ... " Namun , apabila roh ini berada dlm badan, segala makrifat kita telah terdinding oleh dua daging iaitu daging pd kepala . otak. dan daging pd sebelah kiri . jantung . Segala maklumat di alam ruh , sebelum masuk ke alam zahir ini tersimpan kukuh dlm sanubari setiap insan . Ianya tidak hilang dan hanya perlu dibuka kembali agar tidak tertipu dgn keindahan dunia dan mengigatkan kembali akan asal kejadian diri ini ........ Maha Suci Allah ! Allah Maha Besar ! ! ! ! ! 

Sedarilah ,....... diri kita wujud ttp bkn wujud milik sepenuhnya . Wujud kita diwujudkakn , bukannya wujud yg boleh berdiri sendiri . Wujud mahkluk hanya bagai bayang-bayang ,  tiada wujud dgn dirinya sendiri . Apabila tiada tuan empunya bayang, maka bayang ini tidak wujud . Sedangkan empunya bayang tetap wujud walaupun tiada bayang . Segala yg ada di alam bumi atau di langit , yg zahir atau ghaib , semuanya berada di dalam gengaman Ar- Rahman .. " Segalanya bergerak atas kalimah " bismillahirrahmanirrahim.. " Sebagai makhluk , diharamkan atas utk engkau dan aku takbur dgn segala apa yg dimiliki kerana apa yg dimiliki adalah berada antara harus ada dan tiada, segalanya dalam genggamanNya .......... Ketahuilah , " Barangsiapa yg melihat diri tanpa melihat Allah disebaliknya, maka dia adalah terhijab, malah dibimbangi jatuh ke dalam lembah syirik apabila merasai atau melihat sifatnya berdiri sendiriNya tanpa Allah .. Maha Suci Allah ! ! ! Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ... ! !  Allah Maha Besar .............. ! 

Siapa AKU .. ENGKAU .... KAMU . Si anu , si polan , nama itu , nama ini .... > andai engkau membaca . engkaulah AKU . > diri engkau lah AKU  > AKU di perenggan ini adalah engkau , AKU yang hakiki , tidak memiliki apa-apa tetapi dimiliki oleh Yang Maha Kaya ( iaitu Allah ) . Direnung dalam wajah batin AKU , AKU lah yg paling mulia, yg paling tinggi martabatnya, mengatasi segala makhluk dan malaikat . AKU ini suci dan wangi, sangat hampir dengan Ilahi . AKUlah cahaya Allah, ayat-ayat Allah, ROH Allah yg diberi pinjam pd makhluknya , AKUlah bayangan dan penzahiran ALLAH swt ke atas makhluk , yg membuktikan ALLAH SWT wujud ......... DIA Maha Berkuasa .... !  diberi badan untuk AKU menjalani hidup di dunia fana ini . AKU diberi nafsu . Kalau AKU ditakluki oleh badan dan nafsu, maka binasalah AKU , tetapi jika AKU yang menakluki badan dan nafsu, maka selamatlah AKU . AKU akan membawa diri menuju Allah dan menyedari hakikat dirinya dan Tuhan. Nafsu hanya akan membawa jauh dari Allah dan lupa akan hakikat diri AKU ....  

Bermula dgn tiadanya alam .. diciptanya alam , alam ruh , alam malaikat , alam jin , alam syaitan , alam zahir , alam barzakh dan alam akhirat . Ianya membuka rahsia alam di sebalik alam yg tidak dpt dicapai dgn akal manuis yg terbatas ... Sesiapa yg berpegang pd keduanya , Al Quran dan Hadis ... memahami tafsiran keduanya mengikut para ulama yg haq , nescaya mereka akan mdpt kebahagiaan dunia dan akhirat ... Allah Maha Besar ! ! !

" Ya Allah selamatkan diri kami dari kesyirikan nafsu , akal dan merasai kuasa pd diri . Ya Allah ! Selamatkan diri kami dari mensyirikkan Engkau dgn melihat n bergantung pd kuasa manusia dan kuasa alam.... Ya Allah ! Leburkanlah dlm mata hati kami drpd memandang yg lain melainkan Hak Engkau .... Engkaulah Yg Tunggal .. tiada dzat , dan kuasa melainkan beserta Engkau semata ... Sesungguhnya segala asma` dan sifat terhimpun dlm sifat Ar-Rahman Mu, segala pentadbiran alam ini bergerak di atas nama MU .... maka tenanglah wahai diri dan hati di dalam pelukan Ar-Rahman .................. "
  
~ Jangan lihat AKU pd pandangan mata kasar engkau krn engkau tidak akan mampu melihat aku . Pandanglah aku dari pandangan Dia Yang Maha Kuasa .., Maka engkau akan dpt melihat dan mengenali aku ..... sebagaimana aku melihat engkau dan melihat semua ............. Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! ! Allah Maha Besar ! ! !

Amin Ya Rabbal Alamin ...........

Firman Allah s.w.t yg bermaksud : “ WAHAI JIWA YANG TENANG (mutmainah) . KEMBALILAH kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan lagi diredhai-Nya . Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku , dan masuklah ke dalam syurga - Ku  ..... ” . (Al-Fajr:27:30)

No comments:

Post a Comment