REDHA ALLAH YANG AKU CARI....

" Lisan adalah daratan , sdgkan hati adalah lautan . Apabila lisan rosak , manusia akan menangisinya... Namun jika hati yg rosak , maka para malaikat yg akan menangis ... ~ Sayyidina Abu Bakar Ash-Shidiq

Hidayah

HIdayah

Lazimnya, hati akan berasa cemas dan badan gementar ketika berjalan seorang diri dilorong gelap dan sunyi, apa lagi memasuki hutan belantara pada waktu malam. Kalau tersesat, hati semakin gelabah dan berusaha mencari jalan keluar. Namun,senario berbeza jika ditemani orang lain ketika berjalan di dalam kegelapan malam, malah jika tersesat di dalam hutan, hati bertukar lega jika ada orang menyelamatkan kita.

Ketika bersiar-siar pertama kali ke sebuah kota besar di luar negara dengan disertai seorang pemandu pelancong, hati kita tenang dan tidak bimbang kerana dia boleh membantu memberi tunjuk dan arah jalan. Apa yang dimaksudkan dengan petunjuk jalan? Ia adlah yang tampilke depan memberi petunjuk. Salah satu asma Allah adalah Al-Haadi atau Allah Yang Maha Memberi Petunjuk.

Kata yang terdiri dari huruf 'ha','dal' dan 'ya', memiliki makna 'tampil ke depan memberi petunjuk'. Tongkat disebut al-Haadi kerana biasanya lebih dihadapan daripada kaki. Maksud kedua adalah 'memyampaikan dengan lemah lembut'. Dari sini lahirlah kata 'hadiah' kerana hadiah disampaikan dengan lemah lembut. Pengantin wanita disebut juga al-haadiyu kerana ia menjadi 'hadiah' lembut kepada suaminya.

Jika dikaitkan dengan Allah al-Haai: Allah Yang Maha Memberi Pentunjuk bermakna Allah boleh memberi petunjuk dengan lemah lembut sehingga tidak dirasakan orang yang mendapatkan petunjuk itu. Kita sendiri tidak akan mampu memberi petunjuk kepada orang lain, jika kita tidak diberi hidayah dan tidak memilliki pengetahuan. Justeru itu, meneladani al-Haadi memerlukan kita menjadi orang berilmu dan gemar mengamalkan ilmu.

Hidayah yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia bermacam-macam bentuknya. Semuanya untuk kesejahteraan manusia supaya lebih mudah berfikir dan berurusan dengan dunia, sekali gus lebih dekat kepada Yang Maha Pencipta. Hidayah tahap pertama disebut naluri. Contohnya, seorang bayi akan menangis ketika dilahirkan. Si comel menangis bukan kerana dipukul tapi disebabkan cuaca,lapar atau lampinya basah. Ini bermakna setelah diberi susu yang diperlukan barulah si bayi berhenti menangis. Namun, naluri tidak dibentuk untuk memecahkan persoalan.

Oleh itu, Allah SWT memberi hidayah tingkat kedua iaitu pancaindera. Inilah hidayah Allah yang membuat kita boleh melihat, mendengar, merasa dan mendapat banyak maklumat. Pancaindera membuat kita berbaik sangka, tetapi indera ini tidak selama-lamanya dan tepat. Di atas pancaindera, ada hidayah tahap ketiga iaitu akal. Akal adalah hidayah istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia yang tidak diberikan kepada binatang. Dengan akal kita mampu menganalisis dengan baik, melihat dengan cermat dan mengambil keputusan lebih tepat.

Bagaimanapun, akal sering disalah gunakan. Ada orang menggunakkan akal untuk melakukan kejahatan dan penyelewengan. Kerana itu, kita jangan berbangga memiliki anak,suami atau orang tua yang pintar kalau mereka tidak memiliki hidayah keempat, iaitu hidayah agama. Hidayah inilah yang menjadikan akal memuliakan manusia. Yang pintar banyak, tapi pintar sekali gus adalah hidayah yang paling mahal.

Hidayah agama pun bertingkat-tingkat bentuknya. Bermula dengan hidayah berupa pengetahuan mengenai Islam. Lalu hidayah berupa keamampuan untuk mengamalkan Islam dan hidayah yang menjadikan hati kita selalu terpaut kepada Allah ketika beramal dengan ikhlas. Hidayah adalah hak mutlak Allah. Tidak seorangpun yang berhak memberi hidayah kepada orang lain, tanpa izin Allah.

Jalan hidayah pula bermacam-macam bentuknya. Ada yang memperoleh menerusi ceramah agama, televisyen, vcd/dvd, sms , internet, nasihat daripada ibu-bapa atau teman dan berbagai-bagi lagi. Kita tidak harus menganggap diri hebat kerana mampu menyedarkan orang lain. Sebaliknya kita hanyalah sebagai perantara, hakikatnya Allah yang memberikan hidayah. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa ! Allah Maha Besar !! Allah Maha Besar !!!! Tiada kekuatan hanya beserta dgnNya semata2.....

No comments:

Post a Comment